Website Ini Berguna Menghilangkan Imej Background Dalam Masa 5 Saat

Remove.bg sebuah website untuk menghilangkan background imej

Remove.bg sebuah website untuk menghilangkan background imej

Menyunting gambar latar belakang adalah kerja yang meletihkan, lebih-lebih lagi anda bukanlah seorang yang mahir dengan Photoshop.

Nah, nampaknya ada satu penyelesaian untuk tugas yang sukar dengan begitu mudah sekali. Remove.bg adalah website percuma yang memudahkan tugas anda: buang gambar latar belakang dalam masa 5 saat sahaja!.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah muat naik gambar atau masukkan URL, dan sekelip mata imej baru terbentuk tanpa latar belakang sedia untuk di muat turun.

Kami cuba beberapa imej dan ternyata ianya berkesan!.

Sebelum disunting

Sebelum disunting

Selepas disunting di remove.bg

Selepas disunting di remove.bg

Pengasas website ini berkata mereka menggunakan teknologi AI dan algoritma untuk mengasingkan gambar depan dan latar belakang.

Nampak menarik, namun ia bukanlah bertujuan untuk menggantikan fungsi Photoshop atau perisian yang lain memandangkan ianya cuma berkesan untuk tubuh badan seseorang.

Sebelum

Sebelum

 

Selepas

Selepas

“Di masa hadapan, kami akan pelbagaikan gambar termasuklah gambar produk”, kata pengasas website.

Sekarang bolehlah anda bookmark website ini untuk buat imej anda sendiri tanpa sebarang kerumitan.

Add Comment