Wanita Menjerit Semasa Hukuman Sebat Dijalankan di Aceh, Indonesia

Hukuman Sebat

Seorang wanita muda menjerit kesakitan semasa hukuman sebat dikenakan pada hari Isnin lalu di hadapan orang ramai di bandar Aceh Indonesia. Perempuan ini adalah yang pertama dikenakan hukuman sejak undang-undang Islam ditegakkan di bandar Aceh.

Aceh adalah satu-satunya bandar di Indonesia yang mempunyai penduduk Islam yang ramai yang mengenakan undang-undang Syariah. Orang ramai boleh berdepan tindakan undang Syariah sekiranya melakukan kesalahan seperti berjudi, minum arak, dan hubungan sejenis.

Wanita ini antara 13 orang yang ditahan – tujuh lelaki dan enam wanita berumur antara 21-30. Mereka dirotan di kawasan masjid di dalam daerah Aceh.

6 pasangan didapati bersalah melanggar undang-undang Islam yang mengharamkan hubungan tanpa ikatan sah iaitu bercium, berpegangan tangan dan berpeluk.

Seorang lelaki daripada mereka hanya dikenakan hukuman ringan setelah didapati berdua-duan dengan pasangan ditempat tersembunyi yang boleh menjurus ke arah zina.

Seorang wanita 22 tahun, ditangguhkan hukuman sebat kerana mengandung, namun Datuk Bandar Aceh, Zainal Arifin berjanji “Hukuman sebat akan dikenakan setelah perempuan itu bersalin.”

Pegawai Aceh berkata, hukuman berharap dapat menjadi penghalang dari melakukan dosa. “Kita berharap tiada lagi warga Banda Aceh melanggar undang-undang di masa akan datang”.

Aceh, terletak di kepulauan Sumatra, mula melaksanakan undang-undang Syariah setelah diberi kuasa atonomi pada 2001, dalam usaha kerajaan pusat di Indonesi untuk membendung pemberontakan pemisah yang berpanjangan.

Undang-undang Islam semakin kukuh di Banda Aceh setelah perjanjian damai dibuat dengan kerajaan pusat dalam tahun 2005.

Add Comment