Telefon ASUS ROG Adalah Yang Terbaik Tetapi Terlalu Mahal Untuk Rakyat Malaysia.

Telefon ASUS ROG adalah gaming phone terbaik tetapi terlalu mahal untuk rakyat Malaysia

Telefon ASUS ROG adalah gaming phone terbaik tetapi terlalu mahal untuk rakyat Malaysia

Gaming handphone menjadi semakin hangat di negara ini sejak rakyat Malaysia mula bermain permainan mobile gaming PUBG. Permainan ini dikatakan boleh bermain pada mana-mana jenama sekalipun asalkan mempunyai GPU yang bagus, RAM yang cukup dan cip processor yang terbaru. Permainan ini umumnya akan menyebab smartphone cepat panas dalam tempoh singkat memberi ilham kepada industri pembuatan smartphone memperkenalkan sistem penyejuk.

Walaupun mobile gaming tidak setanding dari segi kualiti dengan permainan konsol atau PC, tetapi, ASUS dengan jayanya dapat merapatkan jurang kualitinya. Telefon pintar sememangnya tidak mempunyai GPU (grafik kad) yang khusus untuk menyajikan kualiti gambar yang jelas, tetapi telefon pintar mempunyai cara tersendiri untuk memberi kepuasan permainan.

Pasaran telefon ASUS ROG di Malaysia bermula pada harga RM4000 (8GB+128GB) agak mahal untuk sebuah telefon pintar. Adakah ianya berbaloi dengan harga tersebut?

Corak Kemasan

ASUS ROG memiliki paparan skrin 6 inci OLED pada resolusi paparan penuh FHD + (2160 x 1080 px)

ASUS ROG memiliki paparan skrin 6 inci OLED pada resolusi paparan penuh FHD + (2160 x 1080 px)

Jika anda pernah tengok komputer riba ASUS ROG, anda terus dapat kenal pasti rekabentuk telefon pintar ini. Persamaan itu dikatakan wujud pada telefon ASUS ROG dimana ia mempunyai potongan tajam di bahagian tepi, warna pelbagai pada logo di belakang, lubang besar untuk mengelak terlalu panas sedikit sebanyak menyerupai sebuah kapal perang.

Suka untuk dilihat ASUS menggabungkan rekabentuk yang sama dengan gaming laptop, tetapi perbezaan ketara di sini ialah badannya disaluti logam. Memandangkan telefon pintar mempunyai rekabentuk logam yang pelbagai, ianya datang dengan aksesori tambahan di bahagian luar untuk menyejukkan telefon.

Aksesori ini dipanggil AeroActive Cooler dan ianya dilengkapi kipas dan picu audio yang dikuasakan oleh USB-C port tambahan di bahagian sisi telefon. Apa yang menarik tentang rekabentuk ini adalah tiada wayar yang bersambung yang akan mengganggu permainan telefon ini.

AeroActive Cooler dilengkapi kipas dan picu audio yang dikuasakan oleh USB-C port tambahan di bahagian sisi telefon.

AeroActive Cooler dilengkapi kipas dan picu audio yang dikuasakan oleh USB-C port tambahan di bahagian sisi telefon.

Untuk memudahkan para pengguna, telefon pintar ini boleh dicas semula dan diletakkan pada bahagian sisi mengikut kesesuaian. Anda boleh mengubah fungsi mengikut permainan-permainan tertentu dan fungsi Air Triggers adalah terbaik untuk game tembak menembak.

Secara keseluruhannya, telefon ASUS ROG ini mempunyai penyelesaian kepada kesulitan para gamers hadapi terhadap telefon pintar.

Inilah perkara menarik mengenai telefon ROG iaitu mempunyai paparan skrin 6 inci OLED pada resolusi paparan penuh FHD + (2160 x 1080 px). Ia turut menyokong paparan HDR pada kadar 90 hz. Itulah paparan terbaik yang anda boleh dapat pada mana-mana gajet (termasuk monitor) dengan kadar refresh rate tinggi adalah bonus untuk para gamers. Refresh rate dapat mempercepatkan tindak balas untuk permainan yang memerlukan pergerakan cepat seperti PUBG. Anda juga boleh mengubah paparan mengikut kesesuaian yang anda kehendaki. Warna yang diberi sudah cukup cantik namun anda boleh mengubah mode warna kepada Standard dan Splendid.

Spesifikasi

Telefon pintar ASUS ROG mempunyai spesifikasi yang anda tidak jangkakan pada mana-mana smartphone yang ada. Dengan perisisan Qualcomm Snapdragon 845 mencapai 2.96Ghz (terpantas dengan kelajuan 845 SoC) ditambah dengan 8Gb RAM. Manakala peti simpanan, telefon pintar ini datang ke Malaysia dengan kapasiti 128GB. Kekuatan spesifikasi telefon pintar ini disokong oleh keupayaan bateri sebanyak 4000 mAH sudah cukup untuk bermain game dan penggunaan biasa.

Telefon menunjukkan kekuatannya dengan sempurna semasa ujian dijalankan yang mana ianya mudah untuk dikendalikan dan pihak kami tidak menemui sebarang kelemahan dalam sistem OS. Terdapat laporan bahawa ASUS ROG mempunyai isu tersebut, namun kami tidak menemui sebarang kecacatan dalam OS.

Dual monitor untuk keselesaan bermain game

Dual monitor untuk keselesaan bermain game

Memandangkan ianya sebuah gaming smartphone pihak kami tidak terlepas peluang menguji kebolehan telefon pintar ini dalam permainan PUBG. Walaupun tanpa mengaktifkan mod khusus untuk gaming, permainan tetap lancar tanpa mengalami sebarang kejatuhan frame rate atau apps crashes.

Jika anda mahu merasai pengalaman yang optimum dengan sedikit sentuhan, bolehlah mengaktifkan X mode. Dengan fresh rate 90Hz memberikan sedikit kelebihan berbanding pihak musuh dengan pergerakan yang lancar jika dibandingkan dengan penggunaan telefon pintar yang lain.

Apabila bermain game dengan smartphone perkara utama yang perlu diambil perhatian ialah ketahanan bateri. Semasa sesi ujian kami, PUBG tidak banyak makan bateri dari kapasiti 4000 mAH. Kami juga mengunakan USB-C kedua untuk mengaktifkan penyejuk Aeroactive yang membantu mengurangkan suhu smartphone semasa bermain game. Kipas dari sistem penyejuk sebaliknya meningkatkan keupayaan bateri untuk terus menstabilkan suhu seterusnya menjadi permainan kekal lancar.

Aksesori

ASUS ROG dilengkapi aksesori tambahan untuk memberi kepuasan bermain game

ASUS ROG dilengkapi aksesori tambahan untuk memberi kepuasan bermain game

Selain dari Air Triggers dan penyejuk Aeroactive, ASUS juga melancarkan beberapa aksesori yang boleh membantu memberi kepuasan bermain. Kami tidak berpeluang menguji aksesori ini dalam tempoh yang lama jadi kami hanya boleh beritahu kegunaan aksesori tersebut. Ini termasuklah TwinView Dock untuk mod pemegang skrin pendua (fungsi seperti Nintendo 3S), sebuah dekstop mudah alih untuk gaya ala gaming dekstop dan satu alat pengawal Gamevice.

Akhir Kata

Walaupun permainan melalui smartphone semakin ghairah di Malaysia, pembeli agak sensitif terhadap harga apabila mereka ingin membeli gadget. Jika dilihat dari perspektif pembeli, smartphone ini bukanlah gadget yang mampu dibeli jika anda memikirkan tentang bajet. Berharga RM4000 anda hampir boleh memiliki Huawei Mate 20 Pro pada harga lebih kurang berserta aksesori lebih murah untuk satu pengalaman gaming yang menarik. Secara peribadi saya menyukai telefon ini yang mana memenuhi keperluan seorang pemain game, walau bagaimanapun, hanya orang yang betul-betul minat akan membelinya.

Add Comment