Segitiga Bermuda Bukan Lagi Misteri. “Bom Udara” Membongkar Misteri Itu…..

Segitiga Bermuda

Saya pasti setiap daripada kamu pernah dengar Segitiga Bermuda ‘Bermuda Triangle’ sebuah kawasan seluas 500,000 km persegi di Lautan Atlantic. Bertahun-tahun lamanya laluan dalam kawasan itu ‘dituduh’ atas kehilangan setidak-tidaknya 75 kapal terbang dan beratus kapal. Punca kehilangan belum dapat dirungkaikan dan terus diselubungi misteri.

Sepasukan saintis akhirnya menemui jawapan kepada misteri tersebut. Mereka mendakwa misteri kehilangan di kawasan itu boleh dikaitkan dengan kehadiran awan ‘heksagon’ di atas kawasan itu yang boleh menghasilkan ‘bom udara’ yang dashyat.

bermuda triangle maps

‘Bom udara’ ini boleh menghasilkan putaran angin selaju 275km/jam yang mana cukup untuk menterbalikkan sebuah kapal dan menjatuhkan kapal terbang yang melaluinya.

Ahli Meteorologi, Randy Cerveny, menghuraikan pembentukan ‘bom awan’ tersebut.

Bermuda triangle

“MEREKA DIBENTUK OLEH APA YANG DIPANGGIL MICROBURSTS DAN MEREKA MENCETUSKAN LETUPAN UDARA YANG TURUN KE BAWAH DARI AWAN DAN MELANDA PADA PERMUKAAN LAUT SEHINGGA MENCIPTA OMBAK YANG KADANG-KADANG BOLEH MENJADI BESAR DAN MULA BERINTERAKSI DENGAN GELOMBANG YANG LAIN”.

Kewujudan misteri Segitiga Bermuda telah mula diperkatakan dengan pelbagai andaian yang dibuat baik penculikan makhluk asing sehingga senjata rahsia bandar Atlantis yang tenggelam.

Segitiga Bermuda dipetakan secara kasarnya berada di timur Bahamas manakala di sebelah barat adalah Lautan Atlantik Utara.

Peta Segitiga Bermuda

Penyelidik mendapati awan besar muncul di hujung sebelah berat kepulauan, berkeluasan 20-50 batu persegi.

Beberapa siri misteri kehilangan yang dikaitkan dengan Segitiga Bermuda:

  • Laporan kembali dibicarakan pada tahun 1492, apabila Christopher Columbus melaporkan terdapat cahaya pelik dan bacaan kompas tidak betul dalam kawasan segitiga.
  • Bangkai kapal yang pertama telah dipastikan berkait rapat dengan segitiga bila mana pada 1609 kapal Inggeris The Sea Venture telah musnah di hujung kepulauan segitiga dan menjadi penempatan manusia yang pertama di pulau itu.
  • Salah satu cerita yang menyeramkan datang daripada pelayaran The Ellen Austin pada tahun 1881. Krew kapal dilaporkan terserempak dengan sebuah kapal yang belayar tanpa seorang pun anak kapal yang berada di dalamnya. Mereka bertindak memindah beberapa anak kapal untuk dibawa pulang ke New York.
Segitiga Bermuda

Kapal USS Cyclops hilang di Bermuda semasa perjalanan pulang dari Brazil, dalam Mac 1918

 

Segitiga Bermuda

Sebuah potret Squadron dan pesawat “Flight 19” kononnya hilang dalam Segitiga selepas perang WWII

Sumber: mirror.co.uk

Add Comment