Peta Wifi-password Yang Boleh Didapati Di Lapangan Terbang Seluruh Dunia.

Lapangan Terbang Yang Ada Wifi Percuma

Perkara pertama anda lakukan sebaik tiba di lapangan terbang di negara asing adalah mencari akses internet untuk 3 jam/$30 semasa proses pertukaran pesawat. Seorang penulis blog tentang pelancongan dan juga jurutera komputer, Anil Polat, pernah merasai situasi macam anda tetapi sekarang tidak lagi.

Dia telah mengembara banyak tempat dan amat perit untuk mendapatkan wifi. Dia mula menyusun senarai password untuk akses kemudahan internet di seluruh lapangan terbang di seluruh dunia dan ia boleh dicapai oleh anda secara percuma. Dengan sedikit sumbangan daripada pengembara yang lain, dia berjaya mengumpul hampir seluruh lapangan terbang di dunia.

Dengan kekerapan peta yang sentiasa dikemaskini, peluang untuk dapatkan hasil carian password adalah hampir tepat. Jika anda ingin melancong dalam masa terdekat, anda boleh pilih lapangan terbang tempat anda mendarat.

Peta ini akan memberi arahan khusus tentang tempat duduk terbaik di lapangan terbang untuk mendapatkan sambungan wifi yang kuat. Banyak tempat di lapangan terbang mempunyai sambungan wifi yang kuat hanya untuk juruterbang berehat, tetapi jika anda tahu password wifi, tiada halangan untuk anda mendapatkan internet percuma. Ia juga memberikan anda petua berguna bagaimana cara untuk mendapatkan akses internet selama-lamanya.

Add Comment