Macam Mana Nak Setting Iklan Facebook yang Berkesan?

Anda ingin mempromosikan iklan di Facebook?

Tertanya-tanya macam mana nak buat iklan Facebook?

Memahami asas-asas pengiklanan di Facebook dapat membantu anda daripada mengulangi kesilapan yang biasa dilakukan melibatkan masa dan wang.

Dalam artikel ini, anda akan menemui macam mana nak buat iklan di Facebook dengan berkesan.

Kenal Pasti Jenis Iklan Facebook Sesuai Dengan Pemasaran Kamu

Sebelum anda berbelanja iklan di Facebook, anda perlu ada pelan tindakan. Jika tidak, iklan kamu hanya berjalan pergi tanpa arah tujuan dan matlamat.

Untuk menampakkan hasil yang beterusan, kenal pasti bisnes yang bagaimanakah boleh dimanfaatkan di dalam iklan Facebook. Jawapan kepada persoalan ini dapat membantu anda membuat perancangan:

  • Apakah objektif anda mengiklan di facebook? Contohnya, adakah anda mahu mendapatkan leads (email atau nombor telefon) untuk bisnes anda, jualan untuk kedai online, atau mencari pembaca untuk blog anda?
  • Adakah anda mempunyai jumlah pelawat yang tetap dalam blog?
  • Adakah anda mempunyai senarai email? Jika ya, adakah mereka aktif dan berapa ramai yang ada?
  • Mampukah anda hasilkan isi kandungan yang unik untuk bisnes anda?

Jom kita lihat tiga jenis strategi iklan Facebook yang boleh anda praktiskan berdasar jawapan kepada soalan di atas.

Sediakan artikel percuma kepada pembaca. Pemasaran isi kandungan adalah salah satu cara yang paling berkesan dalam membezakan perniagaan anda dan menghangatkan peminat yang sekian lama lesu. Sajikan mereka dengan artikel percuma yang menghiburkan, mendidik atau sumber inspirasi kepada mereka. Anda boleh gunakan video, panduan, tutorial, mahupun kemaskini kandungan blog.

How to setup successful Facebook ads

Berinteraksi dengan pembaca yang ada dalam senarai email. Mesej yang anda sampaikan di dalam iklan Facebook dan email adalah dua kali ganda berkesan. Pelanggang dapat melihat mesej yang disampaikan di dalam peti email dan semasa mereka melayari Facebook.

Menyasarkan semula pelawat. Jika anda memasang “Facebook Pixel” di dalam website atau blog, anda dapat menyasarkan semula iklan kepada pelawat yang telah melayari website anda.

Proses ini dinamakan ‘retargeting‘. Strategi pemasaran semula ini boleh dikelaskan sebagai fasa pemasaran yang kedua dalam konteks strategi artikel. Bina satu kumpulan peminat yang sesuai dengan isi kandungan atau Facebook page, dan seterusnya boleh lakukan pengiklanan secara terus kepada mereka dengan mempromosikan produk atau servis anda.

Setelah anda menentukan strategi untuk pengiklanan di Facebook, mari kita lihat langkah seterusnya.

Langkah #1 : Pilih Objektif Iklan yang Anda Mahukan

Susunan kempen pengiklanan di Facebook melibatkan tiga peringkat iaitu jenis iklan, pelarasan iklan, format iklan. Jenis iklan adalah perkara asas dalam pengiklanan Facebook.

Setting first campaign facebook ads

Di peringkat kempen, pilih objektif yang anda mahukan apabila pelawat melihat iklan. Facebook mempunyai tiga kategori iaitu Awareness, Consideration, dan Conversion.

pilih objektif facebook anda

Pemilihan objektif bergantung pada strategi anda. Sebagai contoh, katakan anda mempunyai strategi pemasaran artikel. Pemasaran video pada masa ini sangat berkesan dalam strategi beriklan di Facebook, anda boleh buat satu iklan khusus untuk video tersebut.

Jika anda mahu memasarkan semula (retargeting) pembaca dari Facebook ke website, anda boleh pilih sama ada trafik atau interaksi(conversion), bergantung kepada respon yang anda mahu apabila pelawat datang ke website anda.

Langkah terbaik untuk menentukan objektif iklan anda adalah dengan melihat kembali tujuan asal anda beriklan. Jika anda mahu menghasilkan jualan untuk bisnes online, contohnya, anda boleh beri tawaran harga diskaun 10% untuk pembelian pertama supaya dapat menarik mereka datang membeli.

Beri diskaun untuk pembelian pertama

Beri diskaun untuk pembelian pertama

Selain dari memberi diskaun dalam iklan anda, bawa mereka dari Facebook ke page jualan dimana mereka harus ikut serta aktiviti di page jualan sebelum menebus diskaun. Disebabkan anda mahu orang ramai datang membeli di kedai online, maka interaksi(conversion) adalah objektif yang sesuai untuk kempen anda.

Langkah #2 : Tentukan Pelanggang yang Sesuai

Langkah seterusnya adalah menentukan pelanggan yang sesuai untuk produk atau bisnes online yang anda mahu iklan.

Pilih pelanggan yang sesuai

Pilih pelanggan yang sesuai

Tumpukan iklan pada pelanggan yang sesuai (targeting) adalah elemen penting dalam iklan anda dan ia mampu meletupkan jualan walaupun iklan anda belum bermula.

Sasarkan pada Demografik dan Minat

Cara yang mudah untuk sasarkan pelanggan adalah menggunakan demografik dan minat. Pendekatan ini selalunya digunakan untuk pelanggan baru yang belum pernah melihat atau membeli produk anda.

Di bawah ini, anda akan dapat memilih lokasi, umur, jantina, dan bahasa.

Pilihan berdasarkan demografik dan minat

Pilihan berdasarkan demografik dan minat

Di dalam bahagian “Detailed Tarteging” anda boleh kecilkan jumlah bakal pelanggang yang dari berjuta-juta kepada beribu-ribu yang betul-betul berminat dengan produk anda.

anda boleh target berdasarkan minat dan aktiviti

anda boleh target berdasarkan minat dan aktiviti

Tiada halangan untuk anda memilih demografik yang sesuai. Ia nya terpulang kepada anda. Selalunya anda akan dapat hasil yang positif dengan cara memilih kombinasi “interests” dan “behaviour”.

Sebagai contoh, andai kata anda seorang wedding plannner. Sasarkan bakal pelanggan anda dengan memilih orang yang meminati perkahwinan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan.

Kecilkan skop minat pembaca supaya lebih targeted

Kecilkan skop minat pembaca supaya lebih targeted

Kemudian, untuk lebih targeted, anda perlu menambah  AND pada audience anda. Klik pada narrow audience dan pilih aktiviti yang mereka sertai contoh nya pelamin.

gunakan narrow audience untuk menfokuskan pelanggan yang sesuai

gunakan narrow audience untuk menfokuskan pelanggan yang sesuai

Akhir sekali, tambah aktiviti-aktiviti audience berdasarkan kewangan dan kemewahan mereka dan juga cara mereka berbelanja seperti membeli barangan mahal.

Sasarkan Pelanggan Yang Sesuai Dengan Bisnes Anda

Penyesuaian pelanggan membolehkan anda menyasarkan bisnes anda kepada mereka-mereka yang mempunyai minat yang sealiran dengan bisnes anda. Ia nya dapat membantu anda berinterkasi dengan mereka melalui facebook, website atau email.

Pilih pelanggan khusus untuk bisnes anda boleh menghasilkan keputusan yang bagus sebab anda dapat menyasarkan semula (retargeting) mereka yang sudah kenal dengan produk anda, suka, dan percaya kepada bisnes anda.

Tekan "create new" dan pilih "custom audience".

Tekan “create new” dan pilih “custom audience”.

Setelah anda tekan “Custom Audience” anda boleh pilih mana-mana empat kategori iaitu “customer file“, “website traffic“, “app activity“, dan “engagement on Facebook“.

Pilih empat kategori audiens

Pilih empat kategori audiens

Mari kita lihat cara menggunakannya setiap satu.

Melalui “customer file” audiens (lebih dikenali dengan email “custom audiences“), and memuat naik senarai data, Facebook akan melakukan pencarian yang sepadan dengan data yang ada dalam Facebook. Proses ini merupakan alternatif untuk anda jika mempunyai email, senarai pelanggan kerana anda boleh terus sasarkan iklan atau produk kepada mereka.

Anda boleh mengupload email untuk iklan terus kepada pelanggan yang sedia ada.

Anda boleh mengupload email untuk iklan terus kepada pelanggan yang sedia ada.

Laman web “custom audience” ini adalah bersandarkan kepada aktiviti mereka semasa mereka melayari website anda. Anda boleh gunakan Facebook Tracking Pixel untuk mengikut jejak aktiviti mereka. Jenis “custom audience” ini lebih terarah kepada “retargeting” sasarkan semula iklan kepada pelanggan. Anda boleh buat pelbagai laman web “custom audiences” berdasarkan jumlah muka surat yang mereka lawati, berapa lama mereka baca, dan apa tindakan yang mereka lakukan.

Contohnya anda ingin meningkatkan jumlah jualan produk, apa yang boleh dilakukan adalah sasarkan semula “retargeting” untuk ingatkan mereka supaya selesaikan pembelian (complete order). Untuk melakukannya, buat satu website “custom audiences” yang telah melakukan Standard Events yang telah “add to cart” atau “checkout” tapi belum buat pembayaran.

Buat "custom audience" untuk retargeting dalam Fb ads

Buat “custom audience” untuk retargeting dalam Fb ads

Aplikasi aktiviti membolehkan anda memasukkan pelanggan yang telah meninggalkan jejak di dalam aplikasi ataupun game anda.

Untuk Engagement Custom Audiences pula, anda boleh memasukkan pelanggan yang telah berinteraksi dengan anda dalam Facebook Content. Buat masa ini anda boleh pilih empat jenis custom audiences : video, lead advert, canvas dan page.

Facebook membenarkan anda buat empat jenis custom audiences

Facebook membenarkan anda buat empat jenis custom audiences

Pemasaran video membolehkan anda mengumpulkan pelanggan dengan mengenalpasti berapa banyak video yang telah mereka tonton, yang mana ini merupakan cara pantas untuk membina pelanggan yang tepat. Dengan “Lead Avert” anda boleh target orang yang telah memberi reaksi terhadap video anda. Perkara yang sama juga anda boleh lakukan pada “Canvas” dan “Canvas ads format.”

Melalui “page engagement” anda boleh target pelanggan yang baru sahaja memberi reaksi terhadap “Facebook page” anda.

Suka diingatkan bahawa setiap “custom audiences” mempunyai kadar padanan yang berbeza. Sebagai contoh, senarai pelanggan dalam “custom audiences” mungkin hanya mempunyai 50% hingga 70 % kadar sepadan kerana bukan setiap orang akan mendaftar email mereka atau membeli produk anda.

Video custom audiences” dalam kata lain, mempunyai 100% kadar sepadan kerana isi kandungan video tersebut berada dalam Facebook.

Target pada “Lookalike Audience ” Sama Dengan “Custom Audience.”

Lookalike audien adalah kaedah yang paling berkesan dalam Facebook ads ini kerana sentiasa memberikan hasil yang positif.

Cipta Lookalike audiens berdasarkan prospek yang sedia ada.

Cipta Lookalike audiens berdasarkan prospek yang sedia ada.

Dengan ringkasnya, Lookalike audien adalah berkesan disebabkan Facebook menggunakan algoritma untuk membina applikasi sosial ini. Facebook mengambil data-data dari sumber prospek yang anda mahu dan menngunakan data-data tersebut untuk pencarian yang setara.

Anda boleh lihat apakah disini langkah-langkah yang perlu diambil untuk membina Looalike audiens untuk mengembangkan lagi target prospek anda.

Selepas anda setting audiens di Facebook ads, seterusnya anda boleh pilih placement, bajet dan jadual, dan bidaan.

Langkah #3 : Bina dan Test Iklan

Langkah terakhir dalam struktur kempen adalah peringkat iklan atau dikenali dengan kreatif. Apa yang anda iklankan itulah yang prospek akan lihat. Di sini anda akan pilih format iklan kreativiti anda seperti gambar, video, news feed ads, URLs, paparan pautan teks, dan tindakan untuk prospek(action).

Pilih cara paparan iklan anda.

Pilih cara paparan iklan anda.

Bagaimana paparan iklan iklan di Facebook adalah bergantung kepada strategi pengiklanan anda, objektif iklan, dan format pengiklanan. Ada beberapa objektif iklan menentukan format manakah yang anda boleh gunakan. Contohnya, objektif paparan video membenarkan anda memilih hanya beberapa format video dan “Local Awareness” tidak boleh mengggunakan “Canvas ads”.

Banyak objektif kempen anda yang lain membolehkan anda menggunakan empat jenis format iklan : carousel, single image, single video dan canvas.

pilih empat jenis format iklan anda

pilih empat jenis format iklan anda

Langkah terbaik untuk anda menguji Facebook ads adalah dengan mereka cipta pelbagai kreativiti iklan semasa kempen anda berjalan. Jangan hanya mengharapkan satu jenis gambar sahaja. Dengan mempelbagaikan ujikaji dari segi gambar, video, dan pelbagai jenis format iklan, anda boleh memperbaiki prestasi iklan sepanjang masa.

Perkenalkan iklan yang baru setelah iklan yang sedia ada didapati prestasinya menurun disebabkan kekerapan iklan (orang ramai sering melihat iklan yang sama berulang kali), adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang berterusan.

Sebagai contoh, anda boleh bermula dengan retargeting(sasaran semula) untuk meningkatkan hasil jualan melalui satu iklan bergambar, contoh format iklan yang biasa. Apabila kempen ini mengalami penurunan dari segi jualan setelah paparan iklan menjadi tepu, anda boleh cuba altenatif ini:

  • Uji dengan gambar yang lain. Reka satu gambar lain yang kreatif.
  • Ubah ayat iklan. Guna audiens yang sama tapi ayat berlainan.
  • Uji format iklan yang lain. Guna format iklan yang baru seperti (iklan carousel, atau video)

Kesalahan yang sering pengguna lakukan adalah dengan membuang iklan yang lama dan buat sekali lagi. Jika iklan yang pertama memberi hasil yang positif, jangan berhenti, perkenalkan iklan yang baru.

Kesimpulan

Sebelum nak buat iklan Facebook, luangkan masa dengan memperincikan strategi iklan dan dimanakah lubuk dari bisnes anda yang mampu memberi pulangan.

Add Comment