Lelaki Korea Kurus Menjadi Jaguh Dunia Bina Badan Selepas Dicemuh.

Jaguh Bina Badan dunia

Hwang Chul-Soon seorang jaguh bina badan Korea Selatan yang turut dikenali sebagai ‘Asian Arnold Schwarzenegger’ dan ‘Korean Hulk’.

Dia memenangi beberapa pertandingan bina badan dan kecergasan di seluruh Amerika, mendapat tempat pertama dalam 2014 Musclemania Universe dan 2012 Musclemania World Championship.

hwang chul soon

Menjadi seorang jaguh bina badan bukanlah sifat semulajadi bagi Hwang, dia mencerita dari ‘zero’ sehingga ‘hero’ kepada Barcoft.tv

“Semasa umur 17 tahun, saya adalah seorang kurus kering dengan berat hanya 57kg. Saya tidak dipandang oleh sesiapa pun. Mereka memandang rendah pada saya seperti budak penghantar makanan, ataupun orang asing”

Berketinggian 5’9”, umur 33, menghabiskan 12 tahun mengamalkan diet yang terhad dan melakukan senaman rutin untuk mencapai berat sekarang lebih 220 lbs.

“Saya sekarang lebih besar, orang memandang saya lebih hormat. Mereka memanggil saya ‘Asian Sensation’, ‘Asian Pride’, ‘Asian Arnold’. Ahli bina badan ini terkenal dengan otot badan terbentuk yang membuatkan beliau terkenal dalam instagram lebih 345000 pengikut.


“Saya melakukan bangkit tubi 3000 kali sehari”. Beritahu Hwang kepada Barcroft. “Setelah belajar serba sedikit saya kurangkan latihan dan hanya fokus kepada pemakanan.”

Hwang berbelanja sekitar $509 barangan dapur setiap bulan hanya fokus kepada protein. Makanan beliau terdiri daripada pisang, beras perang, protein susu, dan makanan tambahan. Dia makan setengah kilo setiap 3 jam.

Hwang Chul Soon

Bila di tanya tentang kisah cinta Hwang, dia menjawab:

“Saya ada ramai teman wanita”. Bila di tanya lagi “Kamu ada buah hati?” Dia menjawab, “Saya ada ramai buah hati, tapi saya bukan milik sesiapa. Saya milik semua orang.”

Bagaimanapun, kelihatan sesorang telah bertakhta di hati dia, Su Jeong Kim, seorang pelatih peribadi yang dia jumpa di gym.

Su Jeong Kim

“Bentuk badan dia sangat menarik dan dia adalah lelaki yang saya cari. Dia lah lelaki pertama yang saya jumpa.”

Su Jeong Kim dan Hwang Chul Soon

Dengan bentuk badan yang mantap, Hwang bertegas bahawa dia tidak mengguna steroids. Menggunakan steroids walaupun sah dalam negara lain, tapi tidak di Korea.

“Menggunakan Steroid mungkin dapat membantu anda membina otot lebih besar dan kuat tetapi ia tidak membantu membentuk badan yang menarik lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai fizikal yang lemah.” Beliau menambah “Saya fikir kamu boleh dapatkan hasil yang bagus jika mengamalkan latihan untuk jangka masa panjang daripada mengambil steroid.”

“Saya mengambil masa 12 tahun untuk dapatkan bentuk badan macam ni. Kamu perlu teruskan latihan sedikit demi sedikit, langkah demi langkah, dan akhirnya kamu akan dapat lihat perubahan yang kamu idamkan.”

Add Comment