Lelaki ini Bina Kapal Terbang Ke Pejabat, Untuk Elak Kesesakan Lalu Lintas dan Merasai Cabaran Memandu.

Bina kapal terbang ke pejabat

Sudah berapa kali anda berangan naik kapal terbang atau jet peribadi ke tempat kerja? Adakah setiap hari? Terdapat satu benda yang kita rasa meluat ke tempat kerja adalah berulang alik setiap hari. Bergerak perlahan dia atas jalan raya, pergi dan balik kerja, kita habiskan usia kita separuh di atas jalan.

Ketika kita masih bergelut untuk mencari jalan ‘short cut’ untuk mengelak jam, Frantisek Hadrave, seorang rakyat Republic Czech, lebih kehadapan dalam membuat sesuatu yang selama ini kita impikan. Membina kapal terbang.

Ya, membina sebuah kapal terbang untuk ke tempat kerja.

Lelaki ini bina kapal terbang untuk ke tempat kerja

Perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja sekitar 12-15 minit. Dengan membina kapal terbang ini, dia berharap dapat memendekkan masa sehingga 7 minit. Penerbangan kapal terbang ini hanya 4-5 minit, tetapi dia terbang melencong kerana tidak mahu mengganggu jiran pada awal pagi ianya mengambil masa 7 minit.

Masa diambil dari rumah ke pejabat hanya 7 minit.

Cuma 7 minit penerbangan

Hadrave bekerja di kilang tempatan dan meletakkannya di kawasan pakir kereta berdekatan dengan kilang. Dia mengambil masa 2 tahun dan $4000 untuk membina kapal terbang kecil. Sangat bebaloi!

Frantisek meniru model kapal terbang itu dari model Amerika Mini-Max. Kapal terbang ini mempunyai ruang kokpit terbuka dengan satu tempat duduk.

Jom lihat dia terbang sementara yang lain berpeluh di atas jalan raya.

Add Comment