Lebih 30 000 akaun disekat dalam game PUBG kerana menipu.

Cloud safe server X-radar sebelum di sekat

Cloud safe server X-radar sebelum di sekat

Update terbaruĀ 0.10.0 dalam game PUBG (Player Unknown Battleground) telah menambah beberapa ciri keselamatan selain daripada peta yang popular pada masa kini iaitu “Vikendi”.

Anti-Cheat & Report dikatakan telah diperkenalkan membantu mengesan pemain yang menipu atau menggunakan software luar bagi mendapatkan kemenangan secara tidak adil ke atas pemain lain.

Software Xradar mampu mengesan kedudukan musuh dalam gameplay.

Software Xradar mampu mengesan kedudukan musuh dalam gameplay.

Satu software di panggil BattlEye dilancarkan yang berfungsi sebagai sistem perlindungan anti-cheat dan sekali gus mengesan pemain yang mengeksploitasikan penggunaan radar untuk memenangi pertempuran.

Penggunaan software radar ini dikatakan dapat membantu pemain mengesan kedudukan musuh semasa pertempuran. Software ini agak sukar untuk dikesan kerana mereka menggunakan perkhidmatan VPN untuk menghantar dan menerima data dari server.

Dengan insiden terbaru ini telah menyebabkan kira-kira 30 000 akaun pemain telah disekat, termasuklah beberapa nama pemain yang terkenal di peringkat global.

Larangan ini juga turut menyekat beberapa pemain terkenal seperti SezkO, Cageman, PlayerJones, Hoffmann88, Houlow dan Kraqen. Pemain-pemain ini tidak dapat bertanding pada masa hadapan kecuali mereka menunjukkan bukti bahawa anti-cheat program ini silap.

Ozdemir, juga dikenali sebagai TEXQS adalah antara nama popular yang akan disekat oleh PUBG dalam langkah terbaru ini.

Sistem radar menggunakan monitor kedua atau melalui handphone.

Sistem radar menggunakan monitor kedua atau melalui handphone.

Sistem radar membolehkan pemain melihat kedudukan musuh dengan menggunakan monitor kedua atau melalui handphone. Selalunya, anda perlu berada berdekatan dengan musuh untuk dengar tapak kaki barulah dapat menumpaskan lawan. Dengan software ini, begitu mudah untuk mendapatkan kemenangan yang secara tidak adil.

PUBG Corp mendapati lebih 30000 akaun telah dituduh menggunakan software secara menipu ini. Akibatnya, PUBG mengambil langkah drastik dengan membatalkan akaun mereka.

Dengan software ini, dikatakan mampu memenangi perlawanan dengan mudah.

Dengan software ini, dikatakan mampu memenangi perlawanan dengan mudah.

Menurut laporan yang dikeluarkan, kebanyakan akaun yang disekat adalah pemain dari kalangan PUBG Mobile E-Sport dari Eropah dan Asia.

Pada masa ini, gelombang sekatan ini hanyalah melibatkan pemain menggunakan PC, Xbox dan PS4. Namun, ada juga yang kami dapati akaun disekat tanpa sengaja dan berharap tempoh sekatan kepada mereka ini tidak berpanjangan.

Perkara ini bukanlah pertama kali berlaku dalam PUBG game. Pada bulan Jun lepas, PUBG melakukan perkara sama kepada pemain yang menipu semata-mata untuk memperoleh kemenangan mudah dalam permainan ini.

Add Comment