Kajian Menunjukkan Merokok Menyebabkan Kerosakan Besar Kepada DNA.

DNA, Smoking, cigarette

Kerosakan besar yang berlaku kesan daripada merokok terhadap DNA telah didedahkan melalui kajian terbaru tentang bagaimana tembakau boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.

Pengambilan rokok setiap hari selama setahun boleh memberi banyak perubahan sel dalam beberapa bahagian tubuh badan, menurut kajian yang disiarkan dalam jurnal sains.

Sel di dalam tubuh badan yang terdedah secara langsung dengan asap rokok adalah tempat kritikal yang boleh rosak. 150 mutasi ditemui terjadi dalam sel paru-paru dalam setahun, 97 di kerongkong, dan 39 di rongga mulut.

smoker damage DNA“Asap tembakau merosakkan DNA dalam organ badan yang terdedah secara langsung dengan asap rokok dan juga mempercepatkan proses putaran mutasi sama ada secara langsung atau tidak langsung terdedah kepada asap rokok.” kata Ludmil Alexandrov yang mengetuai penyelidikan di Los Alamos National Laboratory.

Dalam kata lain, ia mempercepatkan berlakunya mutasi genetik, meningkatkan risiko kanser.

“Sebelum ini, kita ada bukti epidemik yang besar yang boleh dikaitkan dengan merokok dengan kanser, tetapi sekarang kita sedang memerhati dan menafsirkan perubahan molekul dalam DNA akibat merokok.” kata Alexandrove.

Merokok merupakan satu punca risiko setidak-tidaknya 17 jenis kanser, mengikut laporan akhbar, dianggarkan 6 juta orang terbunuh setiap tahun.

the mixture of tobacco have tons of chemicalsAsap tembakau mengandungi campuran kimia, yang mana 60 daripadanya dikenal pasti karsinogen yang menyebabkan kanser dengan membantu berlakunya mutasi dalam gen. Dengan pertambahan mutasi, peluang terjadinya kanser lebih kuat yang dihasilkan dari perubahan gen.

“Dengan kajian ini, orang yang merokok satu kotak setiap hari menghasilkan purata 150 mutasi dalam paru-paru setiap tahun, yang menjelaskan mengapa perokok berpeluang tinggi mendapat kanser paru-paru.” kata Alexandrov.

Menurut Persatuan Paru-paru Amerika, lelaki yang merokok adalah 23 kali berkemungkinan untuk mendapat kanser paru-paru berbanding seseorang yang tidak merokok, manakala wanita 13 kali.

Para penyelidik telah mengimbas susunan genom lebih 5000 tumor dari 17 penyakit kanser yang mana merokok adalah puncanya. Perkara ini diperolehi dari perokok dan bukan perokok sebagai perbandingan.

Selain daripada mutasi, penganalis mendapati pelbagai “tandatangan molekul” – perbezaan corak yang ketara daripada susunan dalam DNA – berdasarkan perubahan DNA yang dikaitkan dengan merokok.

Satu ciri telah ditemui dalam tisu yang terdedah secara langsung dengan asap rokok, dan satu ciri yang tidak pasti terdapat dalam semua kanser yang dikaitkan dengan rokok. Ciri misteri itu muncul bagi meningkatkan kadar mutasi pramatang dan kemunculannya ada kaitan dengan usia, dengan jumlah bilangan mutasi dikaitkan dengan umur seseorang setelah didiagnosis.

Keputusannya “dedah gambar kesan langsung dan tidak langsung” kata David Philips, Professor Karconigenesis Alam Sekitar di Kings College London, yang juga menjalankan penyelidikan itu, dalam satu kenyataan.

Shanghai air pollution

Udara tercemar membunuh hampir 600 ribu kanak-kanak.

“Mutasi disebabkan oleh kerosakan DNA daripada karsinogen dalam tembakau yang sering didapati dalam organ terutamanya yang bersentuhan secara terus dengan asap rokok yang disedut,” tambah beliau. “Sebaliknya, sel-sel badan yang lain hanya mengalami kerosakan tidak langsung, kerana asap tembakau seolah-olah memberi mekanisme utama dalam sel yang boleh menyebabkan mutasi DNA”.

Para penyelidik juga melihat kemungkinan lain dalam perubahan metilasi DNA — Proses dalam satu molekul dikenali sebagai metilasi berkumpulan yang tinggal di permukaan DNA untuk mempengaruhi aktiviti genetik — dan menyaksikan perubahan yang ketara antara perokok dengan tidak merokok.

Add Comment