Google Mengumumkan ‘Pixel’ Yang Boleh Menghancurkan Iphone Dengan Ciri-Ciri Mengagumkan

Google Pixel Telefon Pintar Buatan Google

Google mengumumkan telefon terbaru ‘Pixel’ baru beberapa jam yang lepas dan ia adalah telefon pertama yang dibuat Google. Telefon pintar google ini dilengkapi dengan ‘Google Assistant’ yang siap dibina dalam telefon ini.

Google Pixel Telefon Pintar Buatan Google

Pixel adalah telefon pertama dibina ketika ini, dan ianya mempunyai ciri-ciri eklusif hanya untuk telefon ini dan hanya satu akses dengan menekan butang ‘Home’. ‘Google Assistant’ juga boleh mengesahkan perbualan dan boleh bertindak balas seperti melakukan tempahan makan malam. Ianya boleh mengenal pasti restoran yang menjadi topik perbincangan dan menyampai maklumat dan juga berkeupayaan melakukan tempahan meja dengan menggunakan aplikasi pihak ketiga.

Google Pixel Telefon Pintar Buatan Google

Telefon ini dilengkapi dengan kamera belakang 12-Megapixel lensa f/2.0 yang mencapai rating tertinggi di DxO yang merupakan penanda aras dalam mengukur kualiti kamera. Ianya menewaskan Iphone 7 dan lain-lain telefon seangkatan. Bersama dengan applikasi kamera, ia mampu merakam gambar lebih cepat dan juga mempunyai kebolehan menstabilkan video supaya kelihatan lebih menarik.

Google Pixel Telefon Pintar Buatan Google

Google juga mengambil langkah bijak seperti mana Iphone, Pixel didatangkan dengan 3.5mm soket. Pixel dilengkapi dengan satu Quad-Core CPU yang mana 2-core boleh mencapai 2.15Ghz dan 1.6Ghz.

Pixel muncul dalam dua saiz iaitu 5″ dan 5.5″ sama seperti Iphone. Datang dalam tiga warna pilihan dinamakan dengan jelas sebagai ”Quite Black”, ”Really Blue”, dan ”Very Silver”.

Google Pixel Telefon Pintar Buatan Google

Telefon ini dilindungi dengan satu aluminium pada keseluruhan badan dan digabungkan dengan kaca berkilat untuk memberi kepuasan yang maksimum. Pixel dijana oleh Qualcomm Snapdragon 821 untuk memberi kepantasan berganda apabila ia digunakan untuk pelbagai kerja dalam satu masa.

Specification of Google Pixel

Didatangkan dengan dua variasi kapasiti iaitu 32Gb dan 128Gb dan juga menawarkan ‘unlimited storage’ untuk gambar dan video jika anda menggunakan applikasi Google Photos.

Jika anda pengguna Iphone, dan berkira-kira untuk menukar kepada Pixel, mereka telah mencipta satu sistem di mana anda boleh selaraskan senarai nombor telefon, email, kalendar, aktiviti, mahupun iMesej dari mana-mana Iphone. Mereka juga memberi adapter supaya proses pemindahan lebih lancar.

Specification of Google Pixel

Tidak pasti bila dan harga telefon pertama Google ini akan memasuki pasaran Malaysia.

Nantikan kemunculannya di Malaysia.

Add Comment