Google Menggantung Sokongan Android di Huawei Smartphone

Ia akan kehilangan fungsi Google Play dan kemas kini OS di masa akan datang.

Google Plays menggantung operasinya pada Smartphone Huawei

Google Plays menggantung operasinya pada Smartphone Huawei

Huawei sebelum ini sudah pun mengalami masalah dengan pentadbiran Trumph, tetapi kali ini lebih teruk. Sumber reuters mendakwa Google telah pun menangguhkan kerjasama dengan Huawei melibatkan pertukaran perkakasan(hardware) mahupun perisian(software). Secara “tiba-tiba” Huawei kehilangan akses untuk kemas kini OS dan menurut orang dalam, untuk telefon keluaran terbaru Huawei nanti, telefon pintar itu akan berfungsi tanpa Google Play dan Gmail.

Syarikat pengeluar telefon mudah alih itu masih dalam perbincangan dengan pihak pentadbiran US untuk perkhidmatan yang sedia ada. Walau bagaimanapun, Google akan menghentikan operasi Android untuk telefon yang akan datang.

Pihak Huawei telah meminta penerangan dari Google. Jika benar, penggantungan ini benar-benar memberi tamparan di atas segala usaha Huawei. Walaupun langkah ini tidak memberi kesan kepada syarikat-syarikat di China(tiada fungsi Google di China), peranti mudah alih ini banyak bergantung dengan perisian Google untuk peranti antarabangsa untuk kekal kompetitif seperti Huawei Pro30.

Selagi penyanaraian hitam oleh US ini berterusan, Huawei perlu bergantung dengan perisian pihak ketiga supaya perkhidmatan telefon bimbitnya terus berfungsi – tetapi tiada jaminan fungsi tersebut mampu memberikan perkhidmatan sedemikian.

Kemas kini 20/5/2019

Huawei telah menyumbangkan secara berterusan dalam pembangunan Android ke seluruh dunia. Sebagai salah satu rakan kongsi Android, kita telah berkerja rapat dengan perisian ini untuk membangunkan ekosistem yang memanfaatkan pengguna dan juga pemain industri. Huawei akan terus mengemaskinikan ciri-ciri keselamatan dan perkhidmatan selepas jualan kepada pengguna Huawei, Honor dan juga komputer riba yang sedia ada, melibatkan produk yang dijual atau masih dalam stok secara global. Kita akan terus membina ciri-ciri keselamatan dan ekosistem perisisan yang mampan, dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Sumber: Reuters

Add Comment