Video: Drone 1000 Watt LED, Mampu Menerangi Kawasan Kejiranan

Youtube terlaluĀ obses dengan drone.

Dalam video terbaru, saluran rctestflight telah berjaya memasang 1000 watt lampu LED dibawah sebuah drone Freefly Alta 8 – hasilnya menakjubkan.

Menurut pereka di laman Youtube ini, dia telah menukar mentol asal yang dipasang pada drone ini dengan mentol LED yang lebih terang, indeks cahaya lebih tinggi buatan Yuji.

Malah, apa yang lebih mengujakan berbanding proses pembinaan drone ini, adalah hasil rakaman yang memberi kepuasan yang terhasil dari pengcahayaan lampu LED.

Dengan pembaharuan yang dibuat, ternyata Optocopter ini mempunyai cukup tenaga untuk menerangi kawasan sekitar, dan mampu terbang tinggi selama 10 minit.

Melihat kepada kemampuan Alta 8 menerangi kawasan gelap yang luas adalah satu pengalaman yang benar-benar menarik – satu gambaran menarik yang mampu dirakam oleh drone ini.

Jika anda tertanya-tanya kos pembikinan drone ini – agak banyak.

Setiap LED yang dipasang adalah harga sekitar $84 setiap satu. Itu masih lagi murah jika dibandingkan harga sebuah drone Alta 8 yang mencecah $17, 500.

Ingin lihat bagaimana drone ini beraksi? Lihat video dibawah ini untuk lebih terperinci.

Add Comment