Berapa Hari Rakyat Asia Tenggara Perlu Bekerja Untuk Membeli Iphone 7?

Iphone 7 is on release.

Terdapat secebis laporan infografik yang dibuat oleh syarikat pemasaran iPrice yang menunjukkan penemuan menarik mengenai harga sebuah Iphone di setiap negara di Asia Tenggara.

Yang paling atas sekali kita dapat lihat adalah sejauh mana kemewahan sebuah telefon baru di US dibandingkan dengan negara-negara serantau di Asia Tenggara.

Sedia maklum Iphone adalah keluaran Amerika Syarikat, dan harga di sana adalah hanya sekitar US749, agak terperanjat jika dibandingkan dengan harga Iphone di Asia Tenggara. Harga ini adalah berbeza untuk setiap negara.

Kenapa harga Ipone di Singapura cuma sekitar US897 tetapi di Thailand harganya mencapai USD1340(THB46, 713). Yang paling sedih, harga iPhone di Thailand adalah tertinggi berbanding negara serantau.

Di bawah ini, kita boleh lihat statistik menyeramkan untuk memiliki sebuah Iphone 7. Laporan oleh iPrice telah memperincikan berapa hari anda perlu mengabdikan diri dengan bekerja keras hanya untuk mendapatkan sebuah iPhone 7.

Secara gaji purata, rakyat Amerika hanya memerlukan 4 hari bekerja sudah mampu memiliki iPhone 7 manakala rakyat Singapura memerlukan 7 hari seminggu untuk memiliknya.

Rakyat Malaysia pula perlu bekerja hampir sebulan untuk mampu memiliki Iphone tetapi rakyat Thailand perlu berkerja setiap hari selama 2 bulan baru mampu memiliki sebuah Iphone 7.

Tetapi ada lagi yang lebih teruk dari itu.

Rakyat Vietnam perlu bekerja lebih 3 bulan atau 104 hari baru boleh beli Iphone 7.

Jom pergi kerja!

Infographic rakyat setiap negara untuk memiliki Iphone 7.

Add Comment