Azan Jam 10 Malam, Bikin Kecoh, Orang Kampung Bergesa-gesa ke Masjid, Ternyata…

azan berkumandang

Berduyun-duyun orang kampung ke surau meskipun mereka sudah tahu siapa punya angkara.

“Tahu tak kamu pukul berapa sekarang?”

Apa dah jadi? – Mungkin kisah ini boleh dijadikan tauladan kepada kita semua. Lebih-lebih lagi kepada umat Islam boleh dikatakan jarang sekali pergi solat di masjid atau surau melainkan hari jumaat semata-mata.

Suasana malam mulai kecoh setelah azan berkumandang pada pukul 10 malam dari surau sebuah kampung. Laungan azan jelas kedengaran dari corong pembesar suara, mengejutkan orang kampung beristirehat.

Maka berduyun-duyun mereka ke surau, walaupun mereka sudah kenal siapa suara itu.

Mbah Sadi, nama yang sudah dikenali di kampung itu. Umurnya menjangkau 70-an.

Mereka kebingungan, mengapa orang tua itu azan 10 malam?…Sudah nyanyuk mungkin?

Ketika mereka sampai di muka pintu surau, Mbah Sadi baru selesai mematikan suis mikforon. “Mbah tahu jam berapa sekarang?” soal ketua Rukun Tetangga.

“Azan apa pukul 10 ni? Jangan-jangan ikut aliran sesat”. kata warga kampung dengan nada sinis.

“Kamu semua…,” jawab Mbah dengan tenang.“Tadi waktu saya azan Isyak, tak ada seorang pun yang datang ke surau. Sekarang sudah 10 malam, boleh pulak datang ke surau. Satu kampung lagi. Kalau macam tu siapa yang gila?”

Satu persatu daripada mereka tunduk, tanpa protes. Termasuk ketua RT tadi, perlahan-lahan menjauhi Mbah Sadi, tidak berani melihat muka Mbah Sadi.

Apa pendapat anda?

Terus ke surau saat azan berkumandang?

Add Comment