150 Juta Orang di Asia Tenggara Membeli Belah di Facebook dan Instagram

Asia Tenggara merupakan pasaran yang berkembang dalam aktiviti perniagaan sosial dengan kira-kira 30 peratus jualan online dihasilkan melalui Facebook dan Instagram dalam 2016.

Data terbaru daripada firma perunding Bain & Co. yang disiarkan dalam Wall Street Journal, laman web sosial media seperti Facebook dan Instagram telah menarik 150 juta pengguna untuk terlibat dalam perniagaan online dengan menggunakan kaedah mesej dan ciri-ciri membeli belah yang terdapat dalam Facebook.

Berbanding dengan statistik di US, di mana hanya 7 peratus daripada 287 juta pengguna internet di sana cenderung untuk membeli belah melalui sosial media, menurut firma penyelidik pasaran Global Web Index.

Kejayaan laman sosial media di Asia Tenggara sebagai platform perniagaan e-commerce adalah disebabkan perubahan perusahaan yang kecil menjadi sederhana, global trending penggunaan telefon pintar dan lanskap perniagaan yang pelbagai.

Pembeli di seluruh rantau ini kebiasaanya terjumpa sesuatu produk dalam Facebook atau Instagram, kemudian menghubungi penjual dengan applikasi Whatsapp atau Line untuk mengetahui lebih lanjut dan meneruskan pembelian secara peribadi.

Nadia Tan, Ketua Unit Perniagaan Kecil dan Sederhana Facebook di Asia Tenggara, memberitahu WSJ bahawa applikasi penghantar mesej adalah penyebab utama peningkatan perniagaan sosial di rantau ini.

Pengguna di Thailand sebagai contoh, secara purata menghantar dua kali ganda lebih banyak mesej Facebook kepada syarikat perniagaan.

Perniagaan kecil dan sederhana di rantau ini bergantung sepenuhnya pada perniagaan sosial kerana ianya lebih murah dan lebih berkesan dalam mempromosikan produk mereka.

Mengembangkan kedai di Facebook (Facebook Expanded Shop) – telah membantu usahawan yang telah sedia menjalankan perniagaan melalui platform pages memasarkan produk pelbagai peringkat.

Dengan ciri-ciri kedai ini, pembeli boleh melihat gambar produk yang telah dijual di Facebook, termasuk baju dan mesin jahit, kemudian menggunakan Mesengger untuk bertanyakan tentang jualan, dapat ke pautan pengenalan produk dengan lebih jelas atau melakukan pembelian dalam laman web rasmi.

Walaupun Facebook tidak mendedahkan jumlah sebenar hasil yang diperolehi dalam perniagaan online, ia mengatakan pasaran yang paling kerap menggunakan Shop adalah Thailand, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Add Comment